baner

Sunday, May 15, 2011

KONSERT DOUBLE TROUBLE


CONCERT DOUBLE TROUBLE
SEARCH N WINGS
STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Gua sure turun tgk concert nh..Bukan senang nak tgk dua band lagenda nh main sama2.Sebelum nih kat Mont Kiara gua dah terlepas...Lepas tu kat JB terlepas gak....Lepas tu kat Sunway lagoon sekali lagi terlepas. Gua antara peminat yang minta Amy personally bawak Search main di Melaka n alhamdulillah hajat guat tercapai..Jum bro mari kita kasi gempak Stadium hang Jebat...Nama stadium dah gempak..so mari kita mngamuk dlm stadium bro.....

Selepas gua pergi sendiri...Perghhhhhhh memang terbek concert DT nih...memang masing-masing bek Search mahupun Wings tunjuk belang ! Memang gua takkn lupa concert nih sampai bila-bila. Cuma Wings lebih bek malam tuh sebab sound sistemnya lebih tersusun..maknanya sound Joe lebih mantap..backup gitar lak tuh Hillary, perghhhh gua memang melopong lah malam tuh bro.... Gua rasa la Hillary lebih bek join balik Search...Search lak jangan la dengar sgt peminat-peminat yang nakkan Kid tuh, bukan per, dari segi permainan, Hillary memang superb dari segi teknikal dan arangement...Kid kurenggg sikit laaaa.....
Anyway, syabas buat Search dan Wings yang telah menghiburkan gua n the geng of Muar errr Muo......5 stars bro!





Thursday, May 12, 2011

REVIEW 5: FAST 5


Director : Justin Lin (Fast & Furious : Tokyo Drift, 2006), (Fast & Furious 4,2009) Cast : Vin Diesel (Dominic Toretto), Paul Walker (Brian O'Conner), Jordana Brewster (Mia Toretto), Tyresse Gibson (Roman Pearce), Sung Kang (Han Lue), Dwayne Johnson (Luke Hobbs)


Kisah kali ini dalam siri ke-5 Fast & Furious masih mengekalkan tema permotoran, kereta muscle dari USA spt Dodge Challenger, Charger serta tidak ketinggalan jentera super car seperti Porshe GT3 RS, Nissan 370Z, Ford GT40, Subaru STi 2010, Nissan GTR dan lain-lain lagi. Kenderaan kereta perisai iaitu Gurkha LAPV pacuan 4 roda turut mengisi slot jentera pantas lagi mengasyikkan kali ini. Plot filem ini berkisar tentang heist atau rompakan kereta serta wang haram Hernan Reyes yang menguasai penduduk miskin di kawasan Rio, Brazil. Oleh itu Dominic yang merupakan bekas banduan yang melarikan diri dari tahanan telah memanggil rakan-rakan seperjuangan lain seperti Roman, Han, Tego, Rico, Tej Parker untuk membantu beliau merompak wang beratus juta yang disimpan Reyes, believe it or not di balai polis....

Di samping itu juga, rentetan daripada kejadian rompakan kereta, beberapa orang agen DEA telah ditembak mati, maka satu pasukan yang diketuai oleh Dwayne Johnson 'The Rock' (Luke Hobbs) telah memburu Dominic serta rakan-rakannya yang berada di Rio. Di situlah bermulanya konflik antara Dominic, Luke dan Reyes....
Keseluruhannya 4/5. Aksi lasak, pergaduhan, drift, drag, pertunjukan jentera kereta Dodge, Lexus FTA, Nisan 370z dan lain-lain memang tidak mengecewakan. Gua pulak memang minat giler tentang kereta nih....Namun Fast & Furious: Tokyo Drift tetap di hati gua! Dah dekat 50 x tenguk..try la blu-ray dvd....MEMANG CARA!

Thursday, May 5, 2011

REVIEW 4: THOR

Director: Kenneth Branagh
Actors/ Actress : Chris Hemsworth (Thor), Anthony Hopkins (Odin-Father), Tom Hiddliston (Loki), Natalie Portman (Jane Foster-heroin)

Kisah bermula apabila Thor telah dibuang ke dunia ini oleh ayahnya, Odin dari negara Asgard kerana bersikap bongkak, sombong serta menyebabkan perang antara negara Asgard dan org2 penghuni dari Frost Giant...(nampak betul2 mcm giant).

Adegan awalnya di mana Thor bersama rakan2 nya mempertahankan diri di negara Frost Giant amat menarik termasuk pertarungan dengan 'a really big giant'. Sekembalinya Thor dan rakan2nya itu, Thor yang menentang arahan bapanya Odin serta bersikap bongkak telah diperintahkan dibuang ke dunia (bumi).

Di bumi, Thor telah berkenalan dengan seorang saintis dan keluarga pengejar taufan( storm-chaser), Jane Foster. Dari situlah bermulanya pembelajaran Thor untuk mula menjadi berhemah dan lelaki budiman. Dia juga mcm biasa..well .....hero kan jatuh hati kepada si heroin nya iaitu Jane Foster. Namun kehidupan keluarga itu telah diganggu dengan kehadiran sekumpulan penyiasat kerajaan, S.H.I.E.L.D yang merampas semua bahan kajian Jane termasuk tukul sakti Thor.

Dalam masa yang sama Odin, bapa Thor jatuh sakit (stroke?) dan Loki selaku adik tiri Thor mngambil alih pemerintahan Asgard namun beliau mahu membuktikan bahawa beliau juga berdiri sama taraf dengan Thor walau pn beliau anak angkat yang diselamatkan dari negara Frost Giant. Tempat perlindungan Thor di bumi turut diserang oleh giant dari Asgard yang diperintahkan Loki untuk membunuh Thor serta rakan2 nya yang dtg ke bumi untuk memujuk Thor kembali ke Asgard.

Lihatlah kesudahan kisah ini yang agak tragis, tentang hubungan adik beradik serta hubungan pasangan kekasih yang terpisah oleh jarak dan masa.
Keseluruhan : 3.5/5
Menghiburkan, ada kisah tauladan serta penuh adegan aksi. Puas hati!