baner

Friday, August 5, 2011

CINTA BRO?

Asalamualaikum bro!
Ehem hemmm...gua nak cite soal jiwang2 sikit nih....selalu borak cite psal movie je so kali nih gua nak try cite isi hati nih.....Gua heran laaa..cinta tu penting sangat ke?

Tapi bila gua rasa2 sendiri la..xda cinta xbest lak..takkn nak hidup sorang2 lak...sampai bila.....Tapi nak hidup berdua pulak, paling kurang bergirl friend , boy friend nih lak nmpak je senang tapi susah...Susah yang pertama, bole dapat ke pasangan ideal? Org sekarang kata soul mate...Senang ke nak dapat.....Ramai org kata dah jodoh...hik hik kelakarnya pakai serah2 lak kat jodoh....tapi mana nak tau tu jodoh kita? Gua pernah rasa macam2 pengalaman bab nih....

Kadang2 dah last minute pun bole xjadi tu kalau bab nak kahwin laaa..Dah berkawan lak ramai lak yang tak setia...Baik lelaki mahu pun pompuan...sama je zaman skg nih..lg la kalau dah ada facebook atau YM...Buatnya yg lelaki atau pompuan tu melayan dalam chat box ke...dalam inbox ke ada ke sesiapa tahu? Lain la password tu dikongsi bersama.....Bila dah kongsi mula la timbul soal control lak..masing2 tuduh menuduh xpercaya la...rasa unsecure laaa n bla bla bla....

Tapi pada gua, kesetiaan nombor SATU bro......tak kirala baik lelaki atau perempuan...Kalau belum2 masa couple pun dah tak bole setia, apatah lagi dah berkahwin...Tengukla sendiri kes Jimmy Stanley sbg contoh......Sebelum kahwin dia mendakwa isterinya dan isterinya juga mengaku mmg suka bersosial, tak tau la bersosial tahap macamana kan..apath lagi isterinya tu anak orang berada.....tak diberitahu lak samada bersosial dengan lelaki atau pompuan tapi ahem ahem kalau dah bersosial tu phm2 je la kan.....Dah lepas kahwin pun masih nak bersosial..Mana tak si Jimmy tu bengang......Adatla kalau sebagai si suami lak melempang si isteri..habes kalau dah bagi warning pun xmakan saman...Bukan la melempang isteri tu afdal tapi kalau dah si suami tak tahan....Sama gak dgn si isteri....Kalau la si suami pun dah kahwin pun masih nak bersosial..mmmmm naik minyak la si isteri...nak mengadu kat sape....kat kaum family n pejabat kadi la jawabnya kan....


Namun apa yang penting, dewasa ini, carilah pasangan yang sekufu (Nabi pun ada berpesan tentang sama taraf nih), kedua carilah couple yang satu kepala...senang nak bawa berbincang...kalau bole kalau dua-dua jenis baran, kalau satu kepala msg2 bole cool downkan pasangan msg2....ketiga, carilah pasangan yang sedap mata memandang...Hah bro bukan la gua cakap kena n mesti cun melecun (kang asyik jeles je sbb banyak mata yang memandang n banyak mulut yag pewiiiitttt hahahahaha) tapi orang kata sejuk je mata tu memandang......Kes gua mesti ada ciri-ciri fizikal macam Dido tu hahahaha (lu carila kat internet ttg Dido tu sape n mcamana rupanya)...n gua mmg suka girl yang bole independence....n penyayang....takkan yang hunk macam Hulk tu lak kan.....fare skin? errrr bole laaaa..sbb gua nampak bersih je kalau fare nih hahahaha......nnnnnnn yang paling penting....gua bole bawak dia ke mana saje, maksud gua tak de rasa malu ke nak lepak kedai mamak ke, restoran ke, restoran jejambat ke.....senang cite kira bole cincai la...n paling pantang bagi gua ( n mungkin semua lelaki ) kalau girl tu ungkit2 pasal duit...bukan maksud gua nak meminjam la kan...tapi sikit2 nak tu, nih..lain la dah berkahwin tapi tu pun berpada2 la rrrrr...mcmla lelaki nih cop duit jer.....

Mmmmm..okla gua cau dulu bro....nih pun bukan lu orang suka membaca pun kan.....tapi jadila mcm gua...membaca mmg hobi gua..tak kirala topik apa pun sbb bagi gua, kalau xbaca, otak gua jadi useless...jadi karat rrr...Anyway..selamat berposa bro!....Berjumpa di lain topik......Gua ttap lelaki koboi (cowboy guy)..teringat lak cite Lone Ranger n High Caprall.....hahahahahaha

Thursday, August 4, 2011

REVIEW 7: SOURCE CODE


Director : Duncan Jones (Moon 2009)
Writer : Ben Ripley (Species)
Pelakon:

Jake Gyllenhaal ...

Michelle Monaghan ...

Vera Farmiga ...

Jeffrey Wright ...

Kisah tentang Captain Colter Stevens, seorang juruterbang helikopter marin US di Afganistan mendapati dirinya menjadi orang lain. Beliau berada di dalam sebuah keretapi yang menuju ke bandar Chicago. Rupa-rupanya beliau telah dijadikan bahan kajian ( source code) untuk Jabatan Keselamatan Negara US dalam menghadapi serangan terrorist.Dalam masa 8 minit, Captain Colter Stevens mengalami peristiwa yang sama di mana beliau diminta memberi maklumat berkaitan pengeboman keretapi tersebut serta bandar Chicago.
Peristiwa ini berlaku berulang-ulang kembali sehinggalah beliau berjaya menangkap suspek pengebom tersebut.

Di akhir filem, berlakulah twist di mana penonton boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada Captain Colter Stevens ini serta permainan emosi Goodwin, operator angkatan tentera yang berkomunikasi dengan beliau sepanjang beliau di dalam alam maya. Serta tidak dilupakan ending yang menarik berkaitan hubungan beliau dengan bapanya yang sangat mencintai serta menanti kepulangan Captain dari medan perang. Tidak lupa juga kesudahan hubungan maya beliau bersama seorang penumpang di dalam keretapi iaitu Christina yang 'terkorban' setiap kali tempoh keretapi itu dibom.

Keseluruhannya, not bad this movie, cuma pengulangan peristiwa yang sama agak membosankan. Rating : 3.5 .

Boleh ditonton sekeluarga sempena bulan Ramadhan ini untuk menghilangkan rasa bosan sementara menantikan berbuka atau bersahur.

JUM PUASA BRO!

Bulan Ramadhan datang lagi bro....So jgn buat-buat lupalak untuk jalani ibadah puasa ye bro smua.....Bulan nih gua makin aktif menonton movie2 terbaru trmasuklah Harry Potter d final n Transformer..Kira kedua2 tu movie box office ler....Insyaallah gua akan up date kan dos movies tapi gua agak semua orang dos movies..kira kalau gua xcite pun korang dah tau kan story line dia....so better gua cite movie2 yang rare..yang jarang korang tenguk kowt...so stay tune bro!
Anyway....selamat berposa, berbuka n bersahur bro!

Tuesday, June 21, 2011

REVIEW 6 : THE FIGHTER

Pengarah : David O Russel (The Three Kings,1999)
Pelakon : Mark Wahlberg (Micky Ward)
Christian Bale (Dicky Eklund)
Amy Adams (Charlene Fleming)
Melissa Leo (Alice Ward)

Askm semua n hye bro out there...Dah lama gak gua tak update blog gua nih..Lepas je tenguk Double Trouble haritu di Melaka, n then busy dgn Jambori 1 Belia di Putra Jaya n lepas tu membusykan diri di Jambori Melaka Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia, gua mcm malas je nak buka blog gua nih...Tetapi pagi tadi kira-kira dalam jam 2.45 pagi gua dapat inspirasi baru.

Awal-awal pagi tadi gua telah saksikan salah satu filem terhebat dalam tahun malenium nih, The Fighter....Barisan pelakon memang mantop terutamanya, Christian bale (Batman) n Mark Wahlberg serta pelakon pembantu yang tidak disangka-sangka, Amy Adams yg selama ini melakonkan watak lemah gemalai...

Filem ini memang patut semua bros tenguk...Memang bro semua takkn sangka filem ini menarik sbb latarnya hanyalah berkaitan dengan tema tinju (mcm. biasa dengar kan?) Tetapi rupa2nya filem ini memang luar biasa naratifnya...Syabas buat screen writer, Scott Silver, Paul Tamasy dan Eric Johnson...Ada suntikan motivasi yang melampau serta menunjukkan kisah keakraban pertalian kekeluargaan. Paling penting, Christian Bale telah menunjukkan bakat n komitmen yang tinggi utk filem ini hingga sanggup menguruskan tubuh badannya bagi menghayati watak sebagai abang kepada Mick Ward (Mark Wahlberg) yang melatih Mick menjadi peninju terbaik tetapi mengalami masalah dadah (crack) yang teruk.

Gua harap tenguk dulu bro filem nih n baru tahu endingnya yang dramatik, scene yang menarik, perkembangan watak yg sangat-sangat baik...termasuk para pelakon pembantunya seperti Amy Adams (mcm. tak percaya tu Amy Adams (Charlene), Melissa Leo (Alice)
So untuk filem ini gua bagi 4.8/5 bintang bro! So kalau lu org rasa mcm dah macho, tengukla filem nih bro, pasti menggugat ego korang semua!

Sunday, May 15, 2011

KONSERT DOUBLE TROUBLE


CONCERT DOUBLE TROUBLE
SEARCH N WINGS
STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Gua sure turun tgk concert nh..Bukan senang nak tgk dua band lagenda nh main sama2.Sebelum nih kat Mont Kiara gua dah terlepas...Lepas tu kat JB terlepas gak....Lepas tu kat Sunway lagoon sekali lagi terlepas. Gua antara peminat yang minta Amy personally bawak Search main di Melaka n alhamdulillah hajat guat tercapai..Jum bro mari kita kasi gempak Stadium hang Jebat...Nama stadium dah gempak..so mari kita mngamuk dlm stadium bro.....

Selepas gua pergi sendiri...Perghhhhhhh memang terbek concert DT nih...memang masing-masing bek Search mahupun Wings tunjuk belang ! Memang gua takkn lupa concert nih sampai bila-bila. Cuma Wings lebih bek malam tuh sebab sound sistemnya lebih tersusun..maknanya sound Joe lebih mantap..backup gitar lak tuh Hillary, perghhhh gua memang melopong lah malam tuh bro.... Gua rasa la Hillary lebih bek join balik Search...Search lak jangan la dengar sgt peminat-peminat yang nakkan Kid tuh, bukan per, dari segi permainan, Hillary memang superb dari segi teknikal dan arangement...Kid kurenggg sikit laaaa.....
Anyway, syabas buat Search dan Wings yang telah menghiburkan gua n the geng of Muar errr Muo......5 stars bro!





Thursday, May 12, 2011

REVIEW 5: FAST 5


Director : Justin Lin (Fast & Furious : Tokyo Drift, 2006), (Fast & Furious 4,2009) Cast : Vin Diesel (Dominic Toretto), Paul Walker (Brian O'Conner), Jordana Brewster (Mia Toretto), Tyresse Gibson (Roman Pearce), Sung Kang (Han Lue), Dwayne Johnson (Luke Hobbs)


Kisah kali ini dalam siri ke-5 Fast & Furious masih mengekalkan tema permotoran, kereta muscle dari USA spt Dodge Challenger, Charger serta tidak ketinggalan jentera super car seperti Porshe GT3 RS, Nissan 370Z, Ford GT40, Subaru STi 2010, Nissan GTR dan lain-lain lagi. Kenderaan kereta perisai iaitu Gurkha LAPV pacuan 4 roda turut mengisi slot jentera pantas lagi mengasyikkan kali ini. Plot filem ini berkisar tentang heist atau rompakan kereta serta wang haram Hernan Reyes yang menguasai penduduk miskin di kawasan Rio, Brazil. Oleh itu Dominic yang merupakan bekas banduan yang melarikan diri dari tahanan telah memanggil rakan-rakan seperjuangan lain seperti Roman, Han, Tego, Rico, Tej Parker untuk membantu beliau merompak wang beratus juta yang disimpan Reyes, believe it or not di balai polis....

Di samping itu juga, rentetan daripada kejadian rompakan kereta, beberapa orang agen DEA telah ditembak mati, maka satu pasukan yang diketuai oleh Dwayne Johnson 'The Rock' (Luke Hobbs) telah memburu Dominic serta rakan-rakannya yang berada di Rio. Di situlah bermulanya konflik antara Dominic, Luke dan Reyes....
Keseluruhannya 4/5. Aksi lasak, pergaduhan, drift, drag, pertunjukan jentera kereta Dodge, Lexus FTA, Nisan 370z dan lain-lain memang tidak mengecewakan. Gua pulak memang minat giler tentang kereta nih....Namun Fast & Furious: Tokyo Drift tetap di hati gua! Dah dekat 50 x tenguk..try la blu-ray dvd....MEMANG CARA!

Thursday, May 5, 2011

REVIEW 4: THOR

Director: Kenneth Branagh
Actors/ Actress : Chris Hemsworth (Thor), Anthony Hopkins (Odin-Father), Tom Hiddliston (Loki), Natalie Portman (Jane Foster-heroin)

Kisah bermula apabila Thor telah dibuang ke dunia ini oleh ayahnya, Odin dari negara Asgard kerana bersikap bongkak, sombong serta menyebabkan perang antara negara Asgard dan org2 penghuni dari Frost Giant...(nampak betul2 mcm giant).

Adegan awalnya di mana Thor bersama rakan2 nya mempertahankan diri di negara Frost Giant amat menarik termasuk pertarungan dengan 'a really big giant'. Sekembalinya Thor dan rakan2nya itu, Thor yang menentang arahan bapanya Odin serta bersikap bongkak telah diperintahkan dibuang ke dunia (bumi).

Di bumi, Thor telah berkenalan dengan seorang saintis dan keluarga pengejar taufan( storm-chaser), Jane Foster. Dari situlah bermulanya pembelajaran Thor untuk mula menjadi berhemah dan lelaki budiman. Dia juga mcm biasa..well .....hero kan jatuh hati kepada si heroin nya iaitu Jane Foster. Namun kehidupan keluarga itu telah diganggu dengan kehadiran sekumpulan penyiasat kerajaan, S.H.I.E.L.D yang merampas semua bahan kajian Jane termasuk tukul sakti Thor.

Dalam masa yang sama Odin, bapa Thor jatuh sakit (stroke?) dan Loki selaku adik tiri Thor mngambil alih pemerintahan Asgard namun beliau mahu membuktikan bahawa beliau juga berdiri sama taraf dengan Thor walau pn beliau anak angkat yang diselamatkan dari negara Frost Giant. Tempat perlindungan Thor di bumi turut diserang oleh giant dari Asgard yang diperintahkan Loki untuk membunuh Thor serta rakan2 nya yang dtg ke bumi untuk memujuk Thor kembali ke Asgard.

Lihatlah kesudahan kisah ini yang agak tragis, tentang hubungan adik beradik serta hubungan pasangan kekasih yang terpisah oleh jarak dan masa.
Keseluruhan : 3.5/5
Menghiburkan, ada kisah tauladan serta penuh adegan aksi. Puas hati!



Sunday, April 24, 2011

REVIEW 3: LONDON BOULEVARD

Director : William Monahan (pernah menulis utk screnplay -The Departed(2006), Kingdom of Heaven (2005)

Pelakon: Colin Farrell (Mitchell), Keira Knightley (Charlotte), David Thewlis (Jordan), Ray Winston (Mr. Grant)
Mitchell baru saja keluar dari prison Pentonville selepas dipenjara selama tiga tahun. Dia telah disambut oleh rakan lama jenayahnya, Billy (Ben Chaplin) dan dia mahu menjalani kehidupan normal dan mencari kerja. Dia mendapat tawaran lumayan drp seorang leading figure of London underworld, kira macam ketua gangster Londonlah, Mr. Grant (Ray Winston) tetapi dia menolak.


Dalam masa yang sama, dia mendapat tawaran bekerja sbg handyman( pekerja ringan) di kediaman seorang pelakon Charlotte(Keira Knightly) yang mana rumahnya menjadi tumpuan paparazzi...Mitchell turut membantu Billy untuk memungut hutang, kira along la gak tetapi tak gemar bersikap ganas. Mitchell seboleh2 mengelak untuk join semula kehidupan gangster sehinggakan Mr Grant mula membunuh seorang demi seorang semua orang yang ada kaitan dengan Mitchell termasuk kakaknya...Itu yang membuatkan Mitchell terus membalas dendam. Dia juga akhirnya jatuh hati dengan Keira Knightley, dan bercadang hidup keluar negara bersama-sama. namun dihujung kisah ini, berlaku antiklimaks yang sangat dibenci penonton hahahahaha....walauapapun Collin Farrell telah menunjukkan persembahan hebat, mmg sesuai sbg ahli gangster yg berkarisma... di samping seorang lagi otai aktor iaitu, David Thewlis (popular dlm Harry Potter) yang melakonkan watak rakan Keira Nightly yang hippies....Bila tgk cite nh rsa gua mcm nk jd gangster gak hua3....cuma gangster dlm blog jer rrrr

Keseluruhan movie ini, 3/5........dan runut/soundtrack utk movie ini diambil drp. lagu2 rock n roll yang lebih britpop ala ala The Oasis spt drp. Kasabian (Club Foot, Underdog, The Green Fairy), The Yardbirds - Heart Full Of Soul, The Clash (London Calling),The Rolling Stones (Stray Cat Blues
)....

Sunday, April 17, 2011

PAKATAN RAKYAT MENANGI HATI RAKYAT


Pakatan Rakyat berjaya menembusi di Sarawak, dengan menggandakan bilangan wakil rakyatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk, manakala presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya. Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP.

Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru.

PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak.

Dan apa yang sudah jelas ialah kemenangan besar DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya. SYABAS RAKYAT SARAWAK KRN MULA BERUBAH! APA TUNGGU LAGI YG DI SINI?

10 BAND TERHEBAT DARI SEATTLE, USA

(Sambungan)

6. Green River


Sometimes, the true originators of a movement are forgotten in the wake of the bands that followed in their trailblazing ways. Such is the case with Green River, best remembered now as the group whose members included future contributors to Pearl Jam. Their mid-‘80s output remains a mystery to most rock fans, but seek out Dry as a Bone/Rehab Doll, which plays like a blueprint of what was to come in the ‘90s.

7. Mother Love Bone


An unhappy undercurrent to the story of the Seattle sound is the amount of artists who died young. Staley’s and Cobain’s deaths are more widely known, but Mother Love Bone’s lead singer, Andrew Wood, suffered a fatal drug overdose in 1990 just as his band seemed headed to prominence. Stardog Champion, also known simply as Mother Love Bone, compiles the group’s catalog on one disc, highlighting Wood’s melancholy spirit that was snuffed out much too early.


8. Temple Of The Dog


A supergroup with a cause, Temple of the Dog united members of Pearl Jam and Soundgarden to pay tribute to their deceased friend Andrew Wood. Their self-titled album contains the expected ruminations on death, but Soundgarden singer Chris Cornell reveals a softer, more romantic side as well, looking to love as a way to help keep grief at bay.

9. Mudhoney

The class clowns of the genre, Mudhoney flaunted a messy looseness that guaranteed they’d never be superstars but did result in a series of playful albums that sounded like they were recorded live in the garage. For the uninitiated, the best place to start is March to Fuzz, a greatest-hits compilation that spans their ‘80s and ‘90s peaks, including their immortal single “Touch Me I’m Sick.”

10. Candlebox


They were roundly chastised for their homogenized grunge aesthetic when they become radio staples on the strength of their self-titled 1993 debut. But while there’s plenty of validity to the claims that the quartet represented the most cynical commercialization of the Seattle scene’s deeply-felt anger and disenchantment, hits like “Far Behind” have become the template for mainstream rock bands looking for a combination of tunefulness and introspection.

Friday, April 15, 2011

TEMPAH BANNER

Sesiapa yang mahu menimpah banner, brosur, kad bisnes dan apa jua berkaitan grafik boleh tempah dengan gua. Harga sangat2 berpatutan dan boleh dirunding. Grafik gerenti puas hati. Hubungi gua ye untuk sebarang tempahan dan pertanyaan. H/phne : 012 7181340

Contoh Banner:

Thursday, April 14, 2011

T SHIRT PILIHAN KALBU

Hai, bro!
Terdapat bermacam-macam pilihan t shirt di pasaran bukan? Terpulang pada hati dan selera masing-masing pilihan t shirt mana yang digemari...Gua rasa ada yg minat t shirt dr brand tertentu spt Levi's, Replay, Roxy, Billabong, Hurley, Hollister, Converse, Colus, Alrightok, Faith21, ImDoom, ZircusZircus, Elm Co., Apadana dan melambak lagi....

Walau apapun kesemua t shirt nh pasti melambang jiwa lu semua kan...n material nya pastila cotton spaya serap peluh n tidak panas. Ada yang suka yang unik, ada mesej, sebagai peringatan n ada yg suka custom made( buat/reka sendiri ). Dan t shirt ni sudah tentu terdapat pelbagai saiz samada yg body fit atau free size ataupun S, M, L, XL, XXXL dsbnya...Dari dulu sampai skg t shirt kolar bulat nih dah tentu tak lekang dek hujan dan panas. Semua golongan masih gemar memakainya sebagai pakaian kasual, betul tak bro?

BEST DESIGN/ARCHITECTURE


The Innovative Australian Medical Center

In the medical center based on base of the Australian National University in Canberra are based: research laboratories, medical clinics, health care offices, hall for teaching lectures and the world seminars.


Holiday Home Design by Mc Bride Charles Ryan

A holiday home, shaped like an origami Klein Bottle, has won the World’s Best Home award at the prestigious World Architecture Festival Awards (WAF Awards) 2009.

Klein Bottle House, designed by McBride Charles Ryan, Australia celebrates the country’s traditional beach houses whilst remaining a practical and useful 21st century home. This holiday home is situated in heavily treed sand dunes directly behind 16th beach at Rye on the Mornington Peninsula, only two hours from Melbourne. There was in this home to be the sense of arriving at a natural and built environment which was unique and in complete contrast to the owner’s city home.

Klein bottle House complex geometries self-built by the owner-engineer and local craftsmen.


10 BAND TERHEBAT DARI SEATTLE, USA

1. NIRVANA


No band did more to vanquish the reign of tacky ‘80s hair metal than this trio. Attacking his insecurities and social awkwardness with sardonic humor, frontman Kurt Cobain made punk palatable to the masses with impossibly catchy radio hooks. Nevermind was the group’s high-water mark, making the case that personal anguish could be the basis for powerful songwriting that reached millions of listeners. And when Nirvana imploded after Cobain's suicide, the group spawned one of contemporary rock's biggest acts: Foo Fighters. N mesti semua tau apa yg terjadi kpd Kurt Cobain kan?


2. PEARL JAM


Nirvana’s chart rival perfected an arena-rock variation of grunge, highlighted by singer Eddie Vedder’s booming, empathetic tales of teenage disillusionment and family dysfunction. Ten made their name, but subsequent albums have revealed a group interested in pursuing folk-rock, punk and whatever other genres catch their fancy.

3. SOUNDGARDEN


Of the Seattle bands who catapulted to mainstream success, Soundgarden were the most indebted to bygone metal groups like Black Sabbath and Led Zeppelin. Chris Cornell had the pinup good looks and majestic pipes, but underrated guitarist Kim Thayil provided the dense thicket of power chords and fiery solos. Superunknown is both their best and bestselling album, the record that made the rest of the competition look positively puny by comparison.

4. ALICE IN CHAIN

Dark lyrical themes were a hallmark of Seattle bands, but nobody dug as deep as this quartet. Utilizing metal’s grim urgency while forgoing the accessibility of their popular grunge peers, Alice in Chains chronicled the scourge of drug addiction on albums like Dirt. Frontman Layne Staley howled and whaled like a man up to his chin in quicksand, but, sadly, his subject matter wasn’t entirely fictional – he died in 2002 of an overdose.

5. SCREAMING TREES


Grunge was losing popularity by 1996, which might explain why even though this garage-rock unit released its strongest album, Dust, that year, it barely made a ripple. Soon, the band broke up, but they left behind a legacy of gritty rockers that rejected studio polish for raw combustion. Lead singer Mark Lanegan has since moved on to contribute occasional vocals to Queens of the Stone Age.

Tunggu 5 lagi band terhebat dari Seattle k...stay tuned!

Wednesday, April 13, 2011

REVIEW 2: DEAR JOHN



Director: Less Hastrom (Hachi:A dog's Tale, 2009) (The Cider House Rules, 1999)
Casts : Channing Tatum (John), Amanda Seyfried (Savvanah Curtis), Richard Jenkins (Mr. Tyree)

Kisah ini sudah tentu tentang percintaan dan melibatkan surat menyurat walaupn di zaman email ni laa...kira romantik conservatif pnya cara laaaa....John seorang yg grunge, panas baran, tetapi romantik tnggal bersama ayahnya yg super perfection dan mempunyai hobi pelik, mengumpul syiling US yang cacat....dan ayahnya juga nerd n klausaphobia...

John juga seorang ranger US (tentera) yang bertugas di luar negara. ketika cuti, beliau telah terjumpa dan jatuh hati dengan pelajar U bernama Savvanah...Sejak itu mereka saling berhubung dan ketika John di luar negara utk bertugas mereka berhubung dgn menggunakan surat..Tu yg datangnya , 'Dear, John..'

Cinta mereka terputus di tangah jalan (..ni yang tragik nh..sob ...sob) kerana Savvanah terpaksa berkahwin dgn sseorang (ada sebab, tp xpatut gak maaa)...Walauapapun di hujung movie nh ada penghujung yang positif so saksikan sendiri kisah romantik serba serbi dan sediakan tisu gak kot.

Kesuluruhan : 3.5/5........Runut lagu movie nh mmg best.....kira tangkap jiwang gak laaa n bole download
di 4shared.com

REVIEW 1 : SUCKER PUNCH

Director : Zack Snyder (Watchmen: 2009), Cast: Emily Browning (Baby Doll),Abby Cornish (Sweet Pea),Jena Malone (Rocket)

Kisah ttg seorg bdk pmpuan (Bby Doll) yg ditahn d sbuah pusat pemulihan dan merancang bersama2 Rocket, Sweat Pea, Blondie n Amber utk melarikan diri dari situ. Bby Doll menggunakan ilusi n mimpinya utk melepasi task/ujian utk mendapatkan brg2 tertentu bagi melepaskan diri...Mcm dlm game yg ada stage2 tertentu..Perlu dapatkan barang2 spt, map, pisau, lighter ....mmg mcm game!

Keseluruhan director Zack Snyder mmg best....mcm cite Watchmen thn 2009 yg penuh dgn grafik cgi gempak, sama gak dlm movie sucker Punch nih...mmg best n penuh details....CGI- 5 stars!! Cite nh penuh aksi menarik, pantas n ada gaya filem Matrix..ada dudge bullet n ada slow motion....mmg nampak real n tidak membosankan....! Girls especially msti rasa teruja tonton movie nh....guys pn samagak sbb ada gak 18sx sikit2 laaa terutamanya costum dia org...pehhhrghhh!!!!

Keseluruhan 4/5 stars! ONE MORE THING.........WATCH DIS MOVIE DUDES N DUDETTES!!!

One of d best entertaining movie this year!