baner

Thursday, May 12, 2011

REVIEW 5: FAST 5


Director : Justin Lin (Fast & Furious : Tokyo Drift, 2006), (Fast & Furious 4,2009) Cast : Vin Diesel (Dominic Toretto), Paul Walker (Brian O'Conner), Jordana Brewster (Mia Toretto), Tyresse Gibson (Roman Pearce), Sung Kang (Han Lue), Dwayne Johnson (Luke Hobbs)


Kisah kali ini dalam siri ke-5 Fast & Furious masih mengekalkan tema permotoran, kereta muscle dari USA spt Dodge Challenger, Charger serta tidak ketinggalan jentera super car seperti Porshe GT3 RS, Nissan 370Z, Ford GT40, Subaru STi 2010, Nissan GTR dan lain-lain lagi. Kenderaan kereta perisai iaitu Gurkha LAPV pacuan 4 roda turut mengisi slot jentera pantas lagi mengasyikkan kali ini. Plot filem ini berkisar tentang heist atau rompakan kereta serta wang haram Hernan Reyes yang menguasai penduduk miskin di kawasan Rio, Brazil. Oleh itu Dominic yang merupakan bekas banduan yang melarikan diri dari tahanan telah memanggil rakan-rakan seperjuangan lain seperti Roman, Han, Tego, Rico, Tej Parker untuk membantu beliau merompak wang beratus juta yang disimpan Reyes, believe it or not di balai polis....

Di samping itu juga, rentetan daripada kejadian rompakan kereta, beberapa orang agen DEA telah ditembak mati, maka satu pasukan yang diketuai oleh Dwayne Johnson 'The Rock' (Luke Hobbs) telah memburu Dominic serta rakan-rakannya yang berada di Rio. Di situlah bermulanya konflik antara Dominic, Luke dan Reyes....
Keseluruhannya 4/5. Aksi lasak, pergaduhan, drift, drag, pertunjukan jentera kereta Dodge, Lexus FTA, Nisan 370z dan lain-lain memang tidak mengecewakan. Gua pulak memang minat giler tentang kereta nih....Namun Fast & Furious: Tokyo Drift tetap di hati gua! Dah dekat 50 x tenguk..try la blu-ray dvd....MEMANG CARA!

No comments:

Post a Comment