baner

Thursday, August 4, 2011

REVIEW 7: SOURCE CODE


Director : Duncan Jones (Moon 2009)
Writer : Ben Ripley (Species)
Pelakon:

Jake Gyllenhaal ...

Michelle Monaghan ...

Vera Farmiga ...

Jeffrey Wright ...

Kisah tentang Captain Colter Stevens, seorang juruterbang helikopter marin US di Afganistan mendapati dirinya menjadi orang lain. Beliau berada di dalam sebuah keretapi yang menuju ke bandar Chicago. Rupa-rupanya beliau telah dijadikan bahan kajian ( source code) untuk Jabatan Keselamatan Negara US dalam menghadapi serangan terrorist.Dalam masa 8 minit, Captain Colter Stevens mengalami peristiwa yang sama di mana beliau diminta memberi maklumat berkaitan pengeboman keretapi tersebut serta bandar Chicago.
Peristiwa ini berlaku berulang-ulang kembali sehinggalah beliau berjaya menangkap suspek pengebom tersebut.

Di akhir filem, berlakulah twist di mana penonton boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada Captain Colter Stevens ini serta permainan emosi Goodwin, operator angkatan tentera yang berkomunikasi dengan beliau sepanjang beliau di dalam alam maya. Serta tidak dilupakan ending yang menarik berkaitan hubungan beliau dengan bapanya yang sangat mencintai serta menanti kepulangan Captain dari medan perang. Tidak lupa juga kesudahan hubungan maya beliau bersama seorang penumpang di dalam keretapi iaitu Christina yang 'terkorban' setiap kali tempoh keretapi itu dibom.

Keseluruhannya, not bad this movie, cuma pengulangan peristiwa yang sama agak membosankan. Rating : 3.5 .

Boleh ditonton sekeluarga sempena bulan Ramadhan ini untuk menghilangkan rasa bosan sementara menantikan berbuka atau bersahur.

No comments:

Post a Comment