baner

Thursday, May 5, 2011

REVIEW 4: THOR

Director: Kenneth Branagh
Actors/ Actress : Chris Hemsworth (Thor), Anthony Hopkins (Odin-Father), Tom Hiddliston (Loki), Natalie Portman (Jane Foster-heroin)

Kisah bermula apabila Thor telah dibuang ke dunia ini oleh ayahnya, Odin dari negara Asgard kerana bersikap bongkak, sombong serta menyebabkan perang antara negara Asgard dan org2 penghuni dari Frost Giant...(nampak betul2 mcm giant).

Adegan awalnya di mana Thor bersama rakan2 nya mempertahankan diri di negara Frost Giant amat menarik termasuk pertarungan dengan 'a really big giant'. Sekembalinya Thor dan rakan2nya itu, Thor yang menentang arahan bapanya Odin serta bersikap bongkak telah diperintahkan dibuang ke dunia (bumi).

Di bumi, Thor telah berkenalan dengan seorang saintis dan keluarga pengejar taufan( storm-chaser), Jane Foster. Dari situlah bermulanya pembelajaran Thor untuk mula menjadi berhemah dan lelaki budiman. Dia juga mcm biasa..well .....hero kan jatuh hati kepada si heroin nya iaitu Jane Foster. Namun kehidupan keluarga itu telah diganggu dengan kehadiran sekumpulan penyiasat kerajaan, S.H.I.E.L.D yang merampas semua bahan kajian Jane termasuk tukul sakti Thor.

Dalam masa yang sama Odin, bapa Thor jatuh sakit (stroke?) dan Loki selaku adik tiri Thor mngambil alih pemerintahan Asgard namun beliau mahu membuktikan bahawa beliau juga berdiri sama taraf dengan Thor walau pn beliau anak angkat yang diselamatkan dari negara Frost Giant. Tempat perlindungan Thor di bumi turut diserang oleh giant dari Asgard yang diperintahkan Loki untuk membunuh Thor serta rakan2 nya yang dtg ke bumi untuk memujuk Thor kembali ke Asgard.

Lihatlah kesudahan kisah ini yang agak tragis, tentang hubungan adik beradik serta hubungan pasangan kekasih yang terpisah oleh jarak dan masa.
Keseluruhan : 3.5/5
Menghiburkan, ada kisah tauladan serta penuh adegan aksi. Puas hati!



4 comments:

  1. My bf was'nt easy seeing me did'nt blick over Chris Hemsworth's broad shoulder and sexy muscles (damn!). Other than that, we enjoyed the movie till the last drop. I applaude the director, casts and their graphic team for bringing this movie, adapted from Marvel comic to deserving a warm place alongside other fave superhero movies out there..

    ReplyDelete
  2. akan dtg nanti filem ni akan berkait dgn franchise ironman

    ReplyDelete
  3. best2! citer ni mmg best! huhu....hero pon hensem semacam.....weee~~~

    ReplyDelete
  4. emmmm tgk bila her hansem jer ke yas? suami org tuhhhh...jgn luper ha3

    ReplyDelete