baner

Friday, August 5, 2011

CINTA BRO?

Asalamualaikum bro!
Ehem hemmm...gua nak cite soal jiwang2 sikit nih....selalu borak cite psal movie je so kali nih gua nak try cite isi hati nih.....Gua heran laaa..cinta tu penting sangat ke?

Tapi bila gua rasa2 sendiri la..xda cinta xbest lak..takkn nak hidup sorang2 lak...sampai bila.....Tapi nak hidup berdua pulak, paling kurang bergirl friend , boy friend nih lak nmpak je senang tapi susah...Susah yang pertama, bole dapat ke pasangan ideal? Org sekarang kata soul mate...Senang ke nak dapat.....Ramai org kata dah jodoh...hik hik kelakarnya pakai serah2 lak kat jodoh....tapi mana nak tau tu jodoh kita? Gua pernah rasa macam2 pengalaman bab nih....

Kadang2 dah last minute pun bole xjadi tu kalau bab nak kahwin laaa..Dah berkawan lak ramai lak yang tak setia...Baik lelaki mahu pun pompuan...sama je zaman skg nih..lg la kalau dah ada facebook atau YM...Buatnya yg lelaki atau pompuan tu melayan dalam chat box ke...dalam inbox ke ada ke sesiapa tahu? Lain la password tu dikongsi bersama.....Bila dah kongsi mula la timbul soal control lak..masing2 tuduh menuduh xpercaya la...rasa unsecure laaa n bla bla bla....

Tapi pada gua, kesetiaan nombor SATU bro......tak kirala baik lelaki atau perempuan...Kalau belum2 masa couple pun dah tak bole setia, apatah lagi dah berkahwin...Tengukla sendiri kes Jimmy Stanley sbg contoh......Sebelum kahwin dia mendakwa isterinya dan isterinya juga mengaku mmg suka bersosial, tak tau la bersosial tahap macamana kan..apath lagi isterinya tu anak orang berada.....tak diberitahu lak samada bersosial dengan lelaki atau pompuan tapi ahem ahem kalau dah bersosial tu phm2 je la kan.....Dah lepas kahwin pun masih nak bersosial..Mana tak si Jimmy tu bengang......Adatla kalau sebagai si suami lak melempang si isteri..habes kalau dah bagi warning pun xmakan saman...Bukan la melempang isteri tu afdal tapi kalau dah si suami tak tahan....Sama gak dgn si isteri....Kalau la si suami pun dah kahwin pun masih nak bersosial..mmmmm naik minyak la si isteri...nak mengadu kat sape....kat kaum family n pejabat kadi la jawabnya kan....


Namun apa yang penting, dewasa ini, carilah pasangan yang sekufu (Nabi pun ada berpesan tentang sama taraf nih), kedua carilah couple yang satu kepala...senang nak bawa berbincang...kalau bole kalau dua-dua jenis baran, kalau satu kepala msg2 bole cool downkan pasangan msg2....ketiga, carilah pasangan yang sedap mata memandang...Hah bro bukan la gua cakap kena n mesti cun melecun (kang asyik jeles je sbb banyak mata yang memandang n banyak mulut yag pewiiiitttt hahahahaha) tapi orang kata sejuk je mata tu memandang......Kes gua mesti ada ciri-ciri fizikal macam Dido tu hahahaha (lu carila kat internet ttg Dido tu sape n mcamana rupanya)...n gua mmg suka girl yang bole independence....n penyayang....takkan yang hunk macam Hulk tu lak kan.....fare skin? errrr bole laaaa..sbb gua nampak bersih je kalau fare nih hahahaha......nnnnnnn yang paling penting....gua bole bawak dia ke mana saje, maksud gua tak de rasa malu ke nak lepak kedai mamak ke, restoran ke, restoran jejambat ke.....senang cite kira bole cincai la...n paling pantang bagi gua ( n mungkin semua lelaki ) kalau girl tu ungkit2 pasal duit...bukan maksud gua nak meminjam la kan...tapi sikit2 nak tu, nih..lain la dah berkahwin tapi tu pun berpada2 la rrrrr...mcmla lelaki nih cop duit jer.....

Mmmmm..okla gua cau dulu bro....nih pun bukan lu orang suka membaca pun kan.....tapi jadila mcm gua...membaca mmg hobi gua..tak kirala topik apa pun sbb bagi gua, kalau xbaca, otak gua jadi useless...jadi karat rrr...Anyway..selamat berposa bro!....Berjumpa di lain topik......Gua ttap lelaki koboi (cowboy guy)..teringat lak cite Lone Ranger n High Caprall.....hahahahahaha

Thursday, August 4, 2011

REVIEW 7: SOURCE CODE


Director : Duncan Jones (Moon 2009)
Writer : Ben Ripley (Species)
Pelakon:

Jake Gyllenhaal ...

Michelle Monaghan ...

Vera Farmiga ...

Jeffrey Wright ...

Kisah tentang Captain Colter Stevens, seorang juruterbang helikopter marin US di Afganistan mendapati dirinya menjadi orang lain. Beliau berada di dalam sebuah keretapi yang menuju ke bandar Chicago. Rupa-rupanya beliau telah dijadikan bahan kajian ( source code) untuk Jabatan Keselamatan Negara US dalam menghadapi serangan terrorist.Dalam masa 8 minit, Captain Colter Stevens mengalami peristiwa yang sama di mana beliau diminta memberi maklumat berkaitan pengeboman keretapi tersebut serta bandar Chicago.
Peristiwa ini berlaku berulang-ulang kembali sehinggalah beliau berjaya menangkap suspek pengebom tersebut.

Di akhir filem, berlakulah twist di mana penonton boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada Captain Colter Stevens ini serta permainan emosi Goodwin, operator angkatan tentera yang berkomunikasi dengan beliau sepanjang beliau di dalam alam maya. Serta tidak dilupakan ending yang menarik berkaitan hubungan beliau dengan bapanya yang sangat mencintai serta menanti kepulangan Captain dari medan perang. Tidak lupa juga kesudahan hubungan maya beliau bersama seorang penumpang di dalam keretapi iaitu Christina yang 'terkorban' setiap kali tempoh keretapi itu dibom.

Keseluruhannya, not bad this movie, cuma pengulangan peristiwa yang sama agak membosankan. Rating : 3.5 .

Boleh ditonton sekeluarga sempena bulan Ramadhan ini untuk menghilangkan rasa bosan sementara menantikan berbuka atau bersahur.

JUM PUASA BRO!

Bulan Ramadhan datang lagi bro....So jgn buat-buat lupalak untuk jalani ibadah puasa ye bro smua.....Bulan nih gua makin aktif menonton movie2 terbaru trmasuklah Harry Potter d final n Transformer..Kira kedua2 tu movie box office ler....Insyaallah gua akan up date kan dos movies tapi gua agak semua orang dos movies..kira kalau gua xcite pun korang dah tau kan story line dia....so better gua cite movie2 yang rare..yang jarang korang tenguk kowt...so stay tune bro!
Anyway....selamat berposa, berbuka n bersahur bro!

Tuesday, June 21, 2011

REVIEW 6 : THE FIGHTER

Pengarah : David O Russel (The Three Kings,1999)
Pelakon : Mark Wahlberg (Micky Ward)
Christian Bale (Dicky Eklund)
Amy Adams (Charlene Fleming)
Melissa Leo (Alice Ward)

Askm semua n hye bro out there...Dah lama gak gua tak update blog gua nih..Lepas je tenguk Double Trouble haritu di Melaka, n then busy dgn Jambori 1 Belia di Putra Jaya n lepas tu membusykan diri di Jambori Melaka Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia, gua mcm malas je nak buka blog gua nih...Tetapi pagi tadi kira-kira dalam jam 2.45 pagi gua dapat inspirasi baru.

Awal-awal pagi tadi gua telah saksikan salah satu filem terhebat dalam tahun malenium nih, The Fighter....Barisan pelakon memang mantop terutamanya, Christian bale (Batman) n Mark Wahlberg serta pelakon pembantu yang tidak disangka-sangka, Amy Adams yg selama ini melakonkan watak lemah gemalai...

Filem ini memang patut semua bros tenguk...Memang bro semua takkn sangka filem ini menarik sbb latarnya hanyalah berkaitan dengan tema tinju (mcm. biasa dengar kan?) Tetapi rupa2nya filem ini memang luar biasa naratifnya...Syabas buat screen writer, Scott Silver, Paul Tamasy dan Eric Johnson...Ada suntikan motivasi yang melampau serta menunjukkan kisah keakraban pertalian kekeluargaan. Paling penting, Christian Bale telah menunjukkan bakat n komitmen yang tinggi utk filem ini hingga sanggup menguruskan tubuh badannya bagi menghayati watak sebagai abang kepada Mick Ward (Mark Wahlberg) yang melatih Mick menjadi peninju terbaik tetapi mengalami masalah dadah (crack) yang teruk.

Gua harap tenguk dulu bro filem nih n baru tahu endingnya yang dramatik, scene yang menarik, perkembangan watak yg sangat-sangat baik...termasuk para pelakon pembantunya seperti Amy Adams (mcm. tak percaya tu Amy Adams (Charlene), Melissa Leo (Alice)
So untuk filem ini gua bagi 4.8/5 bintang bro! So kalau lu org rasa mcm dah macho, tengukla filem nih bro, pasti menggugat ego korang semua!

Sunday, May 15, 2011

KONSERT DOUBLE TROUBLE


CONCERT DOUBLE TROUBLE
SEARCH N WINGS
STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Gua sure turun tgk concert nh..Bukan senang nak tgk dua band lagenda nh main sama2.Sebelum nih kat Mont Kiara gua dah terlepas...Lepas tu kat JB terlepas gak....Lepas tu kat Sunway lagoon sekali lagi terlepas. Gua antara peminat yang minta Amy personally bawak Search main di Melaka n alhamdulillah hajat guat tercapai..Jum bro mari kita kasi gempak Stadium hang Jebat...Nama stadium dah gempak..so mari kita mngamuk dlm stadium bro.....

Selepas gua pergi sendiri...Perghhhhhhh memang terbek concert DT nih...memang masing-masing bek Search mahupun Wings tunjuk belang ! Memang gua takkn lupa concert nih sampai bila-bila. Cuma Wings lebih bek malam tuh sebab sound sistemnya lebih tersusun..maknanya sound Joe lebih mantap..backup gitar lak tuh Hillary, perghhhh gua memang melopong lah malam tuh bro.... Gua rasa la Hillary lebih bek join balik Search...Search lak jangan la dengar sgt peminat-peminat yang nakkan Kid tuh, bukan per, dari segi permainan, Hillary memang superb dari segi teknikal dan arangement...Kid kurenggg sikit laaaa.....
Anyway, syabas buat Search dan Wings yang telah menghiburkan gua n the geng of Muar errr Muo......5 stars bro!





Thursday, May 12, 2011

REVIEW 5: FAST 5


Director : Justin Lin (Fast & Furious : Tokyo Drift, 2006), (Fast & Furious 4,2009) Cast : Vin Diesel (Dominic Toretto), Paul Walker (Brian O'Conner), Jordana Brewster (Mia Toretto), Tyresse Gibson (Roman Pearce), Sung Kang (Han Lue), Dwayne Johnson (Luke Hobbs)


Kisah kali ini dalam siri ke-5 Fast & Furious masih mengekalkan tema permotoran, kereta muscle dari USA spt Dodge Challenger, Charger serta tidak ketinggalan jentera super car seperti Porshe GT3 RS, Nissan 370Z, Ford GT40, Subaru STi 2010, Nissan GTR dan lain-lain lagi. Kenderaan kereta perisai iaitu Gurkha LAPV pacuan 4 roda turut mengisi slot jentera pantas lagi mengasyikkan kali ini. Plot filem ini berkisar tentang heist atau rompakan kereta serta wang haram Hernan Reyes yang menguasai penduduk miskin di kawasan Rio, Brazil. Oleh itu Dominic yang merupakan bekas banduan yang melarikan diri dari tahanan telah memanggil rakan-rakan seperjuangan lain seperti Roman, Han, Tego, Rico, Tej Parker untuk membantu beliau merompak wang beratus juta yang disimpan Reyes, believe it or not di balai polis....

Di samping itu juga, rentetan daripada kejadian rompakan kereta, beberapa orang agen DEA telah ditembak mati, maka satu pasukan yang diketuai oleh Dwayne Johnson 'The Rock' (Luke Hobbs) telah memburu Dominic serta rakan-rakannya yang berada di Rio. Di situlah bermulanya konflik antara Dominic, Luke dan Reyes....
Keseluruhannya 4/5. Aksi lasak, pergaduhan, drift, drag, pertunjukan jentera kereta Dodge, Lexus FTA, Nisan 370z dan lain-lain memang tidak mengecewakan. Gua pulak memang minat giler tentang kereta nih....Namun Fast & Furious: Tokyo Drift tetap di hati gua! Dah dekat 50 x tenguk..try la blu-ray dvd....MEMANG CARA!

Thursday, May 5, 2011

REVIEW 4: THOR

Director: Kenneth Branagh
Actors/ Actress : Chris Hemsworth (Thor), Anthony Hopkins (Odin-Father), Tom Hiddliston (Loki), Natalie Portman (Jane Foster-heroin)

Kisah bermula apabila Thor telah dibuang ke dunia ini oleh ayahnya, Odin dari negara Asgard kerana bersikap bongkak, sombong serta menyebabkan perang antara negara Asgard dan org2 penghuni dari Frost Giant...(nampak betul2 mcm giant).

Adegan awalnya di mana Thor bersama rakan2 nya mempertahankan diri di negara Frost Giant amat menarik termasuk pertarungan dengan 'a really big giant'. Sekembalinya Thor dan rakan2nya itu, Thor yang menentang arahan bapanya Odin serta bersikap bongkak telah diperintahkan dibuang ke dunia (bumi).

Di bumi, Thor telah berkenalan dengan seorang saintis dan keluarga pengejar taufan( storm-chaser), Jane Foster. Dari situlah bermulanya pembelajaran Thor untuk mula menjadi berhemah dan lelaki budiman. Dia juga mcm biasa..well .....hero kan jatuh hati kepada si heroin nya iaitu Jane Foster. Namun kehidupan keluarga itu telah diganggu dengan kehadiran sekumpulan penyiasat kerajaan, S.H.I.E.L.D yang merampas semua bahan kajian Jane termasuk tukul sakti Thor.

Dalam masa yang sama Odin, bapa Thor jatuh sakit (stroke?) dan Loki selaku adik tiri Thor mngambil alih pemerintahan Asgard namun beliau mahu membuktikan bahawa beliau juga berdiri sama taraf dengan Thor walau pn beliau anak angkat yang diselamatkan dari negara Frost Giant. Tempat perlindungan Thor di bumi turut diserang oleh giant dari Asgard yang diperintahkan Loki untuk membunuh Thor serta rakan2 nya yang dtg ke bumi untuk memujuk Thor kembali ke Asgard.

Lihatlah kesudahan kisah ini yang agak tragis, tentang hubungan adik beradik serta hubungan pasangan kekasih yang terpisah oleh jarak dan masa.
Keseluruhan : 3.5/5
Menghiburkan, ada kisah tauladan serta penuh adegan aksi. Puas hati!



Sunday, April 24, 2011

REVIEW 3: LONDON BOULEVARD

Director : William Monahan (pernah menulis utk screnplay -The Departed(2006), Kingdom of Heaven (2005)

Pelakon: Colin Farrell (Mitchell), Keira Knightley (Charlotte), David Thewlis (Jordan), Ray Winston (Mr. Grant)
Mitchell baru saja keluar dari prison Pentonville selepas dipenjara selama tiga tahun. Dia telah disambut oleh rakan lama jenayahnya, Billy (Ben Chaplin) dan dia mahu menjalani kehidupan normal dan mencari kerja. Dia mendapat tawaran lumayan drp seorang leading figure of London underworld, kira macam ketua gangster Londonlah, Mr. Grant (Ray Winston) tetapi dia menolak.


Dalam masa yang sama, dia mendapat tawaran bekerja sbg handyman( pekerja ringan) di kediaman seorang pelakon Charlotte(Keira Knightly) yang mana rumahnya menjadi tumpuan paparazzi...Mitchell turut membantu Billy untuk memungut hutang, kira along la gak tetapi tak gemar bersikap ganas. Mitchell seboleh2 mengelak untuk join semula kehidupan gangster sehinggakan Mr Grant mula membunuh seorang demi seorang semua orang yang ada kaitan dengan Mitchell termasuk kakaknya...Itu yang membuatkan Mitchell terus membalas dendam. Dia juga akhirnya jatuh hati dengan Keira Knightley, dan bercadang hidup keluar negara bersama-sama. namun dihujung kisah ini, berlaku antiklimaks yang sangat dibenci penonton hahahahaha....walauapapun Collin Farrell telah menunjukkan persembahan hebat, mmg sesuai sbg ahli gangster yg berkarisma... di samping seorang lagi otai aktor iaitu, David Thewlis (popular dlm Harry Potter) yang melakonkan watak rakan Keira Nightly yang hippies....Bila tgk cite nh rsa gua mcm nk jd gangster gak hua3....cuma gangster dlm blog jer rrrr

Keseluruhan movie ini, 3/5........dan runut/soundtrack utk movie ini diambil drp. lagu2 rock n roll yang lebih britpop ala ala The Oasis spt drp. Kasabian (Club Foot, Underdog, The Green Fairy), The Yardbirds - Heart Full Of Soul, The Clash (London Calling),The Rolling Stones (Stray Cat Blues
)....